SEJARAH SEKOLAH



SKMJ mula beroperasi sejak 1 Januari 1997 dengan hanya 25 kakitangan pengajar yang diketuai oleh guru besar dan bekas yang pertama, Encik Awang Adruss B. Awang Ramlee. Jumlah pelajar pada masa itu ialah 383 orang adalah dari sekolah-sekolah jiran yang juga tinggal berdekatan seperti Taman Matang Jaya, Taman Yen Yen, Syn Syn dan Taman Won. Sebagai sekolah rendah Gred B, SKMJ telah berjaya berfungsi dengan bantuan guru-guru yang berdedikasi dan kemudahan yang mencukupi. "Matang DAN BERILMU" bermaksud "matang dan BERILMU" telah dipilih sebagai moto sekolah yang mana ia merupakan kunci inspirasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kehendak Allah, sekolah ini akan dapat melahirkan lebih ramai cendekiawan untuk mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang

Penubuhan  Sekolah Kebangsaan Matang Jaya adalah atas inisiatif Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak untuk mendirikan lebih banyak sekolah rendah di seluruh negeri Sarawak.Ini memandangkan pertumbuhan pendidikan semakin meningkat dari setahun ke setahun. Di samping itu, sejajar dengan pembangunan pendidikan di Malaysia yang mengamalkan konsep pendemokrasian pendidikan dan pendidikan yang berkualiti.

Sekolah ini terletak kira-kira  6 kilometer dari pusat Bandar Kuching dan mempunyai keluasan lebih kurang empat ekar.Sekolah ini dibina atas sebuah tapak yang telah disediakan oleh pemaju perumahan Matang  Jaya iaitu Advance Synergy Sdn. Bhd.

Sekolah ini mula beroperasi pada 06 Januari 1997 iaitu bermulanya sesi persekolahan 1997.Seramai 25 orang guru yang berakauntabiliti terhadap profesionalisme perguruan  telah ditempatkan untuk berkhidmat di sini.Tunggak utama pentadbiran di sini pada masa itu ialah Encik Awang Adrus bin Awang Ramlee selaku Guru Besar. Seramai tiga ratus lapan puluh tiga orang pelajar telah melapor untuk bersekolah di sini. Kebanyakan daripada murid-murid yang bersekolah di sini tinggal di kawasan perumahan yang berdekatan seperti Taman Matang Jaya , Taman Yen Yen, Taman Syn Syn, Taman Won dan lain-lain.

Selepas itu, Sekolah Kebangsaan Matang Jaya terus ditadbir dan dimantapkan lagi oleh beberapa orang Guru Besar iaitu Encik Affendi bin Bol ( 1998-2000) dan Encik Shazali bin Hj Rosdi (2003 -2008) dan Encik Sharkawi bin Annuar  (2009 hingga sekarang)Ternyata pertambahan bilangan murid-murid yang bersekolah di sini semakin meningkat yang hingga kini berjumlah 1,250 orang.

Kecemerlangan dan kegemilangan sekolah ini semakin terserlah dengan peningkatan keputusan UPSR dari setahun ke setahun. Begitu juga dengan pencapaian murid-murid dalam bidang ko-kurikulum. Sekolah ini telah melahirkan ramai jaguh-jaguh sukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan