Rabu, 2 Oktober 2013

KURSUS PENGGUNAAN VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE) DI BAWAH PROJEK 1BESTARINET KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Unit Pengurusan dan ICT dengan kerjasama Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Padawan telah mengadakan Kursus Pembelajaran Maya atau Virtual Learning Environment (VLE) dibawah projek 1Bestari Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah Padawan yang bertempat di Makmal Bahasa Sk Matang Jaya. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan penggunaan VLE dalam Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) di sekolah dengan lebih berkesan.Seramai 102 buah sekolah padawan terlibat dalam kursus ini. Kursus ini dibahagikan 4 kumpulan. Setiap sekolah menghantar seorang atau dua orang Guru Penyelaras Bestari. Kursus ini bermula pada 24 September hingga 3 Oktober 2013. Penceramah Kursus ini ialah EN Samuel anak Noeid, pegawai Unit Maklumat dan ICT PPD Padawan.