Isnin, 29 Mac 2010

PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH(PROSIDAR)

-->
Penyertaan SKMJ dalam aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah 2010.
Tahun 2010 telah membuka lembaran baru bagi Pusat Sumber SKMJ apabila terlibat dalam penyediaan ruangan bagi Pendidikan Pencegahan Dadah 2010 yang bertemakan 1 Malaysia Membenteras Dadah. Pihak sekolah telah mengenalpasti kepentingan keterlibatan pihak sekolah dalam aktiviti ini bertujuan untuk menyedarkan murid-murid sekolah rendah lagi betapa bahayanya dadah dan kesedaran tentang bahaya dadah diterapkan dari awal bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Justeru itu, sejak dari awal rombakan yang mana Pusat Sumber Sekolah menjadi sumber ruangan yang dikenalpasti sebagai tempat yang paling strategik untuk dijadikan ruang pameran telah menjadi tumpuan para murid kerana di situlah mereka mula mengenali ertikata dadah sebenarnya bukan secara lisan sahaja. Mereka dapat melihat sendiri gambar-gambar yang dipamerkan kesan dan akibat serta jenis-jenis dadah yang merbahaya .
Oleh yang demikian pujian haruslah diberikan kepada pihak yang menganjurkan pertandingan ini kerana objektifnya sudah pasti akan tercapai sekiranya anak-anak ini mempunyai kesedaran awal berkaitan dengan dadah. Harapan Negara untuk membina bangsa yang cemerlang tanpa dadah pasti akan tercapai dan secara langsung merungkai kemelut yang melanda Negara di mana dadah merupakan musuh nombor satu Negara kita .
Catatan oleh:Penyelaras pss
Pn Zainon bin HJ.Tahir


--> -->




STATISTIK/KES MURID MEROKOK
SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG JAYA
DALAM TEMPOH TIGA TAHUN